peti wang sayeh :D

Friday, September 3, 2010

Kata-Kata Hikmah


"Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan"

Aku memang suka kata hikmat tersebut
tersirat seribu satu makna yang tersirat
hingga kini aku masih tidak mampu untuk penuhinya
tapi pape pun,
Aku nak share "sebahagian" daripada ayat-ayat madah
yang boleh jadi motivasi kepada kita semua
Insya-Allah

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam
didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

4) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

5) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

6) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

7) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

8) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

9) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

10) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

11) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji

12) “Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.”


No comments: