peti wang sayeh :D

Tuesday, March 22, 2011

Fakta Oh Fakta !

~ Bahasa yang paling luas digunakan di dunia ialah Bahasa Mandarin.

~ Manusia dewasa mempunyai 207 batang tulang.

~ Gas yang paling ringan di bumi ialah gas Hidrogen.

~ Cermin mata dicipta pada tahun 1310 oleh seorang rakyat Itali yang bernama Salvinius Armadus.

~ Gunung berapi hidup yang tertinggi di dunia ialah Gunung Cotopaxi.

~ Air Terjun yang tertinggi di dunia ialah Air Terjun Angel.

~ Pengasas pasukan polis yang pertama di dunia ialah Sir Robert Peel.

~ Siput babi termasuk dalam kumpulan 'moluska'.

~ John Fitzgerald Kennedy ialah Presiden Amerika Syarikat yang dibunuh oleh Lee Harvey Oswald.

~ Sebahagian besar matahari terdiri daripada gas hidrogen.

~ Pokok bunga madat atau popi yang digunakan untuk menghasilkan candu, morfin dan heroin dikenali juga sebagai Papaver Somniferum.

~ Selat yang terpanjang di dunia ialah Selat Melaka dan Selat yang paling lebar di dunia ialah Selat Mozambique.

~ Bangunan Taj Mahal di Agra, India dibina oleh Maharaja Mogul iaitu Shah Jehan untuk isteri kesayangannya dan siap pada tahun 1648.

~ Warna bintang yang paling sejuk sekali ialah Merah

~ Landasan Keretapi bawah tanah yang pertama dibina di dunia ialah Landasan Metropolitan, London.









No comments: