peti wang sayeh :D

Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari Lahir Mama . .





15 Mei 2011

Selamat Hari Kelahiran Mama !
Dah 3 tahun kita tak jumpa
Mad rindu sangat !

even,

Kita tak duduk serumah
Kita jarang duduk semeja
dan
Kita jarang buat apa yang selalu
ibu dan anak buat
Mad tetap sayangkan mama

Mama,
Selamat Hari Ibu
itu yang mampu Mad luahkan
Mad doakan
mama bahagia disana
amin~



Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Mama,
Mad berhutang susu dan nyawa dengan mama
Moga Allah membalas segalanya~

2 comments:

azalia hjsalleh said...

sedihnya baca entry nie.

al-fatihah.

ChentaMusek said...

@azalia hjsalleh

Terima kasih sis :)
luahan seorang anak yg dah lama tak jumpa ibunya..