peti wang sayeh :D

Wednesday, April 13, 2011

Cinta Part I





"10 perbuatan yang didoakan oleh malaikat. Salah satunya ialah bila melihat kehijauan pepohonan hijau lalu berfikir tentang keagungan Illahi. Ya Allah…betapa mudahnya mendapat kasih sayang makhluk-Mu Allah. Tapi sesungguhnya Allah telah berfirman ‘tetapi sedikit dari kamu yang berfikir”.

Penciptaku betapa aku tidak mncintaiMu. Aku terasa kehadiranNya disisi. Kemudian aku bersembang dengan Kekasihku melalui kalamNya.Tiba-tiba Dia bertanya kepadaku. Andainya ditakdirkan kamu cacat anggota badan adakah kamu masih mencintai Aku. Aku melihat seluruh badanku…bagaimana mungkin aku dapat melaksanakan tugas dengan sempurna tanpa anggota badanku. Namun adakah mereka yang cacat tidak boleh bercinta denganMu. Lantas aku katakan aku akan tetap mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, andai kamu buta adakah kamu akan meninggalkanKu kerna benci. Aku kembali berfikir apakah aku mampu redha dengan ketetapan itu. Aku berkata kepada Kekasihku, bukankah Engkau telah berjanji akan menggantikan sesuatu dengan yang lebih baik. Kekasihku menyambutnya dengan senyuman. Alangkah mendamaikan seyuman itu.

Jawapanku masih lagi meragukan hatiNya. Jika ditakdirkan kamu bisu adakah kamu masih mahu memujiKu. Tanpa suara dapatkah aku memuji seseorang. Tapi kekasihku bukan kekasih biasa. Dia mampu mengetahui apa yang aku katakan tanpa disuarakan. Lalu aku katakan dengan yakin walaubagaimanapun keaadaanku aku tetap mencintainmu.

Ku fikir jawapanku sudah memuaskan hatiNya. Tapi dia terus mempersoalkan jawapanku. Jika kamu mencintaiKu mengapa kamu masih melakukan sesuatu yang Aku tidak sukai. Aku menjawab bahawa aku hanya manusia biasa bukan maksum. Jika begitu kenapa ketika kamu gembira kamu melupakanku tapi ketika kamu susah kamu mencariku?. Hatiku tersentak lalu aku cuba memandangNya tapi…bibirku kelu tiada jawapan. Tiba-tiba aku terasa pipiku panas dibasahi air mata.

Dia sambung lagi, mengapa kamu buat begini…kadang-kadang menyembahKu dan kemudian membelakangiKu. Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu. Kurasakan titisan panas semakin deras mengalir membasahi pipiku. Mengapa kamu malu terhadapKu. Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu. Mengapa ketika kamu dizalimi kamu mencari yang lain sedangkan Aku tidak pernah puas mendengar rintihanmu. Mengapa kamu sering memberi alasan ketika Aku memberi peluang untuk masuk ke syurgaKu dengan jalan syahid. Kugagahi bibirku untuk mengeluarkan patah-patah perkataan. Tapi aku terasa amat malu kerana aku tiada jawapan bagi soalan yang diajukan.

Dia berkata lagi…kamu diberikan satu kehidupan. Aku bagi kepadamu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang dijalanKu.,tapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku selalu memberimu surat-surat cinta untuk kamu baca ketika rindu dan ketika kamu perlukan petunjuk. Aku turunkan pesuruhKu untuk memberi peringatan kepadamu tapi kamu berpaling darinya. Aku dengar segala rayuan dan permintaanmu dan aku perkenankan semuanya dengan segala cara. SambungNya lagi,kini….masihkah kamu mencintaiKu. Aku tidak mampu menjawabnya lagi lalu aku rebah ke tanah bersama deraian air mata yang jatuh ke pasir…

Bagaimana aku harus menjawab segala persoalan ini?. Dalam tak sedar,aku malu dengan segala pengakuanku tadi. Aku tidak punya alasan lagi untuk menutup kesalahanku.Apa lagi alasan yang tinggal. Ketika itu hatiku berteriak menangis, dan bercucuran air mata mengalir turun kedua pipiku. Aku merintih,oh Tuhan…ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu ya Allah…

Kemudian Dia menjawab ,sifatku pengampun…barangsiapa memohon keampunan dariKu, nescaya aku ampunkannya. Dan aku ampunkan kamu wahai hambaKu. Aku bertanya kepadaNya, mengapa Engkau masih tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon keampunan berulangkali?. Sampai begitu sekalikah cintaMu kepadaku?. Dia menjawab kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu"

Apabila kamu menangis Aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak gembira Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu merasa gundah dan gelisah Aku akan memberikan kamu semangat. Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan aku akan membantumu. Aku akan tetap bersamamu sehinggalah kehari terakhir dan Aku akan menyanyangimu selama-lamanya.


" Doakan aku gagah mempertahankan cinta kepadaNya"




No comments: