peti wang sayeh :D

Wednesday, April 13, 2011

Cinta Part II


Wahh ~
dah lame aku tak posting "kejadah" dalam belog ini
so,terasa rindu plak bila menatap pakcik google yang dah tua ganyut ni !

so,"kejadah" apa yang aku share hari ini ?

Cinta ohh Cinta
Couple Ohh Couple

Orang hari ni hebat dalam bercinta
ada yang bercinta
Sekali !
Dua kali !
Tiga kali !
dan ada jugak yang berkali-kali

Tapi,
adakah itu yang dinamakan cinta
atau istilahnya
" berpakwe makwe"

ada yang mengatakan :

"Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta."

"Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih."

"Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta."

tapi bagi che mad :

Cinta itu terbahagi kepada 2 perkara

1. Hadirnya rasa cinta disebabkan rasa cinta dan mengharapkan balasan cinta

2. Hadirnya cinta disebabkan peranan seorang muslim/muslimah

Faktanya,semua orang mengamalkan perkara pertama berbanding perkara kedua.
tapi,kita tidak mneyedai bahawa yang kedua adalah lebih baik daripada yang pertama. Faktanya :

1. Perasaan akan berubah,tapi tanggungjawab tidak akan berubah

2. Dalam beberapa kali kita putus cinta,berapa kali kita mampu bertahan dengan balasan cinta yang diberikan oleh pihak lelaki/perempuan.
Jawapannya : Tiada

3. Kemuncak hubungan lelaki dan perempuan adalah perkahwinan, si suami/isteri menjalankan tanggungjawab mereka. Suka atau tidak,wajib atas diri mereka menjalankan tanggungjawab. Cinta akan hadir selepas mereka menjalankan tanggungjawab ( pasangan dahulu mengamalkan awal daripada kita termasuklah ibu bapa kita !)

Jadi,adakah tanggungjawab atau cinta yang harus diutamakan ?

" cinta akan hadir sebelum tanggungjawab"

atau

" tanggungjawab hadir sebelum cinta"

Apakah peranan lelaki
dan
apakah peranan wanita ?

fikir-fikirkanlah~


No comments: